top of page

Ahli parlimen Johor Bahru beri sumbangan menjelang Deepavali

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 5, 2020
  • 1 min read

ree

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir baru-baru ini memberi sumbangan Deepavali kepada komuniti India yang memerlukan.


Menurut Akmal, sumbangan tersebut diberi kepada 45 keluarga di Flat Larkin, Johor Bahru.


"Terima kasih kepada semua yang membantu menyiapkan barang-barang sumbangan serta melancarkan agihan.


"Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan serba kekurangan, #ParlimenJB dan KEADILAN JB akan terus berkhidmat kepada masyarakat.


"Moga usaha ini sedikit sebanyak memberi sedikit kelegaan kepada keluarga penerima," katanya.


Dalam majlis itu kehadiran penerima dihadkan dan mereka diminta mematuhi SOP penjarakan fizikal bagi mengelak penyebaran Covid 19.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page