top of page

Ahli Parlimen Johor Bahru agih sumbangan ikan segar


Pusat Khidmat Parlimen Johor Bahru bersama #FoodbankJB baru-baru ini menyumbangkan ikan segar kepada penduduk di Bandar Baru Uda.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, sumbangan ikan tersebut diperolehi dari sebuah kedai seafood di kawasan berkenaan.


"Alhamdulillah hari ini rezeki penduduk sekitar Flat Padi Malinja, Bandar Baru Uda untuk agihan ikan segar dan beras.


"Kami terima sumbangan daripada sebuah kedai seafood, baik ikannya. Berpuluh kilo ada kerapu, jemuduk, jenahak dan beberapa jenis lagi.


"Terima kasih kepada penyumbang, krew #FoodbankJB yang sentiasa bersedia dan penduduk setempat yang berikan kerjasama sebaiknya," kata Akmal.


Malah menurut beliau, ada penduduk yang berseloroh bertanya adakah beliau menjual ikan melihat banyaknya ikan segar yang dibawa.


"YB meniaga ikan ke harini? Mesti laku!" kata penduduk berkenaan.


Akmal juga memohon kepada penyumbang barang-barang keperluan untuk menghubungi pegawainya, Shahira / Along di talian 011-64313206.


Kepada yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan pula boleh melalui akaun CIMB 8603320845, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru.


Pusat khidmat, katanya, akan mengagihkan sumbangan kepada orang ramai berdasarkan keperluan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page