top of page

Ahli Parlimen Hulu Selangor sumbang alat tulis untuk calon SPM, STPM



Menyedari kesukaran rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid 19 Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berinisiatif menyumbang alat tulis kepada semua calon calon yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM di kawasan beliau.


Menurut kenyataan Pusat Khidmat Parlimen Hulu Selangor, sumbangan atau tajaan berkenaan diberikan kepada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk 17 buah sekolah kawasan di Parlimen itu, baru baru ini.


"Sebanyak 3,922 set alat tulis telah disampaikan kepada wakil PIBG untuk 17 buah sekolah menengah di Parlimen Hulu Selangor yang melibatkan peruntukan berjumlah RM 30,000 bagi membiayai inisiatif ini.


"Usaha murni ini diharapkan dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk berusaha sehabis baik bagi menduduki peperiksaan," kata kenyataan berkenaan.


Tambah kenyataan itu, June Leow yang juga Ketua cabang KEADILAN Hulu Selangor amat memahami kepayahan yang dihadapi oleh keluarga calon calon peperiksaan tersebut.


Justeru, sumbangan alat tulis diharap mampu menaikkan semangat calon calon peperiksaan yang begitu tabah menghadapi peperiksaan pada waktu pandemik ketika ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page