top of page

Ahli Parlimen Hulu Selangor anjur Pesta Tanglung 2022

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui merasmikan sambutan Pesta Tanglung 2022 anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Selangor dan Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Cawangan Bandar Bukit Sentosa, baru baru ini.


Menurut June Leow, sambutan tersebut merupakan perayaan kedua terbesar yang disambut oleh kaum Cina dari seluruh dunia dan pesta itu juga dikenali sebagai Perayaan Musim Luruh.


"Perayaan ini merupakan satu simbolik keharmonian ikatan kekeluargaan dan penyatuan masyarakat setempat.


"Semasa perayaan ini, warga bandar mengambil peluang untuk balik ke kampung, berjumpa sanak saudara, berkumpul bersama keluarga dan meraikan bersama di samping menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa dan orang yang lebih tua.


"Program pada kali ini menerima sambutan baik apabila lebih 300 orang dari masyarakat sekitar hadir bagi menyaksikan sambutan ini.


"Lebih mengagumkan terdapat juga penyertaan dari kaum Melayu dan kaum India yang ikut teruja menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan," kata June Leow.


Acara kemuncak pesta itu adalah perarakan Tanglung di sekitar Jalan Orkid, Bukit Sentosa bagi membangkitkan semangat sambutan Pesta Tanglung di samping memberikan pendedahan kepada generasi muda akan khazanah kebudayaan kaum Cina.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page