Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya sampaikan sumbangan ke sekolah tahfiz



Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin baru baru ini menyampaikan sumbangan ke sekolah tahfiz di kawasan beliau.


Menurutnya sekolah berkenaan masih dalam pembinaan dan akan mula beroperasi pada tahun hadapan.


"Berkunjung ke Madrasah Tahfiz Darul Ulum bersebelahan masjid Kampung Sungai Putat. Sekolah Tahfiz ini masih di dalam pembinaan yang diusahakan oleh seorang penduduk tempatan di sini bersama bapanya.


"Madrasah ini didirikan di atas sebidang tanah wakaf di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan akan mula mengambil pelajar seawal tahun depan," katanya.


Justeru, beliau berharap sumbangan dari Parlimen Hang Tuah Jaya dapat membantu kos menyiapkan pembinaan sekolah berkenaan.


"Saya menyampaikan sumbangan kepada pengelola sekolah ini bagi membantu menanggung kos pembinaan sekolah ini sehingga siap.


"Semoga perjalanan membangunkan sekolah berjalan lancar dan memberi manfaat kepada anak-anak yang akan menimba ilmu di sini nanti," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER