top of page

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya sampaikan peruntukan ke 4 sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 18, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam menyampaikan peruntukan kepada 4 buah sekolah.


Menurut beliau peruntukan tersebut adalah bagi membaiki infrastruktur di sekolah masing-masing.


"Semua peruntukan yang diberi berdasarkan keperluan pembangunan dan dinilai oleh pasukan profesional bagi menentusahkan nilaian yang tepat bagi setiap projek pembangunan.


"Semoga semua perbelanjaan peruntukan yang diberikan memberi manfaat kepada anak-anak yang menimba ilmu di semua sekolah ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, 4 buah sekolah yang menerima peruntukan ialah SJK Tamil Bukit Lintang RM 35,000; SJK Cina Bukit Beruang RM 10,000; SK Bukit Baru RM 30,000 dan SJKC Keh Seng - RM 50,000.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page