top of page

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya lawat projek baik pulih kemudahan awam

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 17, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin baru baru ini melawat 3 kerja baik pulih kemudahan awam di kawasan beliau bernilai hampir RM80,000.


"Kerja-kerja yang bakal dilaksanakan bagi menyelesaikan beberapa isu komuniti yang berkait dengan infrastruktur awam.


"Peruntukan sebanyak RM 25,000 bakal diperuntukkan kepada tanah wakaf perkuburan Bukit Beruang yang melibatkan kerja-kerja pembinaan semula longkang dan pagar yang telah rosak," katanya.


Beliau juga meninjau keadaan tapak kerja-kerja baik pulih di Taman Saujana Seksyen 3 yang melibatkan pembaikan longkang bagi mengatasi masalah banjir di beberapa rumah kawasan itu.


"Sebanyak RM 39,000 telah diperuntukkan bagi kerja-kerja ini.


"Di Kampung Tun Razak, Bukit Katil berhampiran Jalan Kilang juga melibatkan kerja-kerja pembaikan sistem saliran bagi mengatasi masalah banjir kilat penduduk setempat. Kerja-kerja ini melibatkan peruntukan sebanyak RM17,900," katanya.


Shamsul berharap dengan peruntukan yang diluluskan itu akan dapat menyelesaikan masalah komuniti setempat dan memberi kemudahan kepada mereka yang terlibat.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page