top of page

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya beri keterangan komen isu TYT di Twitter



Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pagi tadi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung komen beliau di Twitter.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu, beliau diminta membantu siasatan di atas ciapan balasnya kepada satu ciapan di Twitter yang mencaci Yang Dipertua Negeri Sabah dua tahun lalu.

Shamsul diminta membantu siasatan atas ciapan 2020

"Pagi ini saya telah dipanggil untuk membantu siasatan @PDRMsia di IPD Dang Wangi berkaitan dengan ciapan di bawah.


"Ini susulan komen yang dibuat individu tertentu yang dilihat memperlekehkan institusi Yang Dipertua Negeri. Apa pun perbezaan politik, institusi ini wajar dihormati," katanya di Twitter.


Pada 30 Julai 2020 lalu, Shamsul membidas pemilik akaun Twitter, RameshRaoAKS yang menghentam Tuan Yang Terutama Sabah dengan ciapan berunsur menghina.


Shamsul menegaskan tidak wajar TYT Sabah ketika itu dicaci sebagai 'barua'.


Ciapan itu dipercayai berkenaan krisis politik Sabah pada 2020 yang mengakibatkan Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah.



0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page