top of page

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya beri bantuan kepada peniaga kecil

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 20, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam memberi bantuan kepada beberapa peniaga kecil di kawasan parlimen beliau.


Katanya, dengan bantuan itu diharapkan akan membantu para usahawan kecil memperbaiki perniagaan mereka yang terjejas sepanjang Covid 19 sebelum ini.


Sebelum itu, beliau menganjurkan program Back To School menawarkan khidmat gunting rambut percuma kepada kanak kanak yang akan memulakan sesi baharu persekolahan pada Isnin ini.


"Program Back to School, guntingan rambut percuma serta Program Fokus Kesejahteraan Rakyat yang diadakan untuk membantu peniaga serta pengusaha IKS disekitar Parlimen Hang Tuah Jaya dan DUN Pengkalan Batu


"Diharapkan dengan inisiatif berterusan ini, saya serta Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya dapat memberi bantuan yang mampu meringankan beban ibu bapa serta pemain industri kecil dan sederhana di Melaka," ujarnya.



Shamsul turut mencuba menggunting rambut para pelajar sekolah rendah



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page