top of page

Ahli Parlimen boleh tukar Speaker jika sidang tidak berjalan ikut peraturan - Dr Aziz Bari


Sidang Parlimen 26 Julai ini sewajarnya berjalan sebagaimana sidang biasa dengan membenarkan perbahasan serta sesi soal jawab.


Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, seandainya Speaker Parlimen enggan melaksanakan hal tersebut atau menghalang sebarang usul maka beliau boleh ditukar oleh Ahli-ahli Parlimen.


Katanya, tidak ada siapa yang boleh menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sidang. Ahli Parlimen bebas bersidang sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.


"Peruntukan Perlembagaan tidak ada menyebut siapa yang boleh menentukan apa boleh dibuat atau tidak di Parlimen


"Apa sahaja namanya, sidang khas, mesyuarat atau sebagainya, Parlimen berhak menentukan apa nak buat. Jadi sekarang ini dikeluarkan agenda apa nak dibuat dan sebagainya. Ada pula yang pandai-pandai, seperti Presiden Dewan Negara kata tak boleh Undi Tidak Percaya.


"Pada saya ini satu helah untuk mempengaruhi rakyat apa yang boleh dan tidak


"Terpulang pada Ahli Parlimen pada hari berkenaan untuk menentukan apa yang mereka nak buat dan bergantung kepada majoriti yang ada untuk menyokong dan memutuskan sesuatu perkara.


"Contohnya memutuskan keabsahan PM dan kerajaannya. Kalau majoriti hendak, Speaker tidak boleh buat apa. Speaker boleh diundi tidak percaya oleh majoriti kalau dia masih nak menunjukkan kuasa dia memanipulasikan Standing Orders (Perintah Tetap).


"Tetapi setakat mana keberanian Ahli Parlimen itu, kita tak tahu," katanya dalam forum maya Cendol Pak Ya berjatuk: "#kerajaangagal: Peguam Negara Perlu Dipecat Atau Letak Hawatan Tidak Mampu Nasihati Agong", semalam.


Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu lagi, hujah yang sering digunakan bahawa mesti didahulukan usul kerajaan dan sebagainya tidak semestinya dilakukan kerana hal itu bukanlah undang-undang dalam persidangan Parlimen.


"Apa yang disebut dalam Perintah Tetap itu satu peraturan mesyuarat, dia bukan undang-undang. Tinggal lagi untuk memudahkan peraturan mesyuarat seperti berapa hari dan sebagainya. Tetapi itu hanya sekadar panduan, bukan undang-undang pun. Terpulang kepada majoriti pada hari itu.


"Dan undang-undang ini sebenarnya lebih kepada keadaan biasa. Kalau sampai ke tahap sekarang, peraturan dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkenaan, tak kan kita nak biarkan," katanya lagi.


Sidang Parlimen 26 Julai ini menjadi tajuk perbualan hangat apabila timbul jadual yang menyatakan mesyuarat 5 hari itu hanya untuk mendengar taklimat daripada para menteri dan tidak akan diadakan sesi soal jawab sebagaimana sidang yang biasa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page