top of page

Ahli Parlimen Bayan Baru cadang kerajaan perkenal insentif daftar vaksin

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 29, 2021
1 min read

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin membetulkan laporan Astro Awani semalam yang menyebut beliau mencadangkan di Parlimen untuk memberi insentif kepada rakyat yang telah mendaftar vaksin Covid 19.


Katanya, Astro telah tersilap melaporan mengenai cadangan insentif tersebut.


"Astro Awani, ada silap tajuk. Saya cakap tentang vaccine hesitant. Orang yang tidak percaya vaksin. Saya mahu insentif untuk mereka daftar vaksin.


"Di kawasan Bayan Baru, saya beri RM1,000 lucky draw setiap bulan untuk mereka yang lengkap 2 dos.


"Ini untuk insentif mereka daftar," katanya dalam kenyataan pembetulan beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page