top of page

Ahli Parlimen Batu sampaikan sumbangan Perkeso mangsa tanah runtuh



Ahli Parlimen Batu P Prabakaran menyampaikan sumbangan daripada Pertubuhan Keselamatan Pekerja atau Perkeso kepada waris mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor tahun lalu.


Mangsa Lai Lee Yin, 37 tahun merupakan seorang pekerja di Sri Midah Healthcare Sdn Bhd dan merupakan anak bongsu di dalam keluarganya serta masih belum berkahwin.


Dalam kejadian pada hari berkenaan, Lai Lee Yin berada di tempat kejadian kerana mengikuti kakak kandungnya iaitu Lai Lee Koon yang merupakan seorang guru bagi tujuan aktiviti perkhemahan.


Menurut Prabakaran, sumbangan yang diberikan Perkeso akan sangat bermakna kepada keluarga mangsa dalam hal hal kebajikan.


"Terima kasih kepada Perkeso Wilayah yang memberikan sumbangan pengurusan jenazah seerta faedah Perkeso (hari ini) kepada ibu mangsa tersebut kerana perkara ini boleh membantu keluarga sebagai kebajikan, dan pengurusan lain lagi," katanya.


Praba mengakui terdapat 5 lagi mangsa tanah runtuh Batang Kali itu di Parlimen Batu yang sering beliau pantau untuk memastikan keperluan keluarga mereka terbela.


"Contohnya ada keluarga yang seorang anak perempuan yang bekerja sebagai tukang masak (terkorban) dan dan beliau jaga ibunya selama ini. Dia meninggal dan ibunya minta satu rumah PPR, dan pejabat kami uruskan permintaan tersebut.


"Keluarga lain buat masa ini tiada apa lagi dan mereka minta. Mungkin sikit lagi, saya akan jumpa mereka untuk tanya khabar dan mahu tahu apa yang mereka mahu bantuan daripada kerajaan," katanya.


Dalam tragedi Disember 2022, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan Father's Organic Farm yang terletak di Gohtong Jaya, Batang Kali.


Sebanyak 31 nyawa disahkan terkorban, manakala 61 yang lain selamat dalam kejadian itu.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page