Pelajar dari keluarga B40 boleh memohon pinjaman laptop untuk pendidikan anak anak melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail berkata demikian sewaktu majlis penyerahan bantuan pinjaman laptop kepada beberapa pelajar, baru baru ini.
"Bantuan pinjaman laptop ini dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Kita dapat membantu rakyat yang benar benar memerlukan, yang datang ke pusat khidmat, anak dia perlu belajar nak laptop boleh pinjam.
"Kerajaan negeri Selangor sekarang ini telah menyediakan satu kaedah di mana pinjaman boleh dibuat selama 6 bulan dan saya mengharapkan usaha ini dipanjangkan
"Saya tidak mahu ada yang tertinggal dalam bidang digital ini, dan kita mundur dalam banyak perkara," katanya.
Tambah Rodziah, sesiapa yang mahukan pinjaman tersebut boleh berhubung ke Pusat Khidmat Parlimen Ampang atau memohon secara terus ke PPAS.
Comments