top of page

Ahli Majlis MBSJ terima anugerah wakili Majlis Perwakilan Penduduk

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 21, 2024
1 min read


Ahli Majlis MBSJ, Danish Hairudin semalam telah menerima anugerah mewakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) 14 yang diberi penghargaan dalam khidmat terbaik kepada penduduk.


"Syukur Alhamdulillah atas pengiktirafan yang diberikan. MPP 14 telah memenangi tempat Pertama Anugerah Program Pangsapuri & Kampung Angkat MPP MBSJ Terbaik 2023.


"Setelah sekian lama, akhirnya MPP 14 menerima pengiktirafan yang membanggakan dalam tempoh yang singkat," katanya yang juga pengerusi MPP berkenaan.


Danish juga mengucapkan penghargaan kepada MBSJ di atas cenderamata yang diberikan selepas sepenggal perkhidmatan beliau selaku Ahli Majlis MBSJ.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page