top of page

Ahli Lembaga Pengarah UiTM lawat kampus cawangan Pahang



Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Mustaffa Kamil Ayub baru baru ini mengadakan lawatan kerja ke kampus cawangan UiTM di Pahang.


Menurut satu kenyataan, lawatan pada 20-21 Jun itu telah disambut oleh Timbalan Rektor yang menjalankan tugas Rektor, Prof Dr Wan Mohd Nazri dan seluruh warga UiTM Pahang.


Dalam ucapan khasnya, Mustaffa memfokuskan kepada cabaran Membangun Generasi Madani dengan idealisme kukuh dalam kalangan anak muda menuju negara bertamadun.


"Beliau memfokuskan kepada persoalan Membangun Generasi Madani yang mempunyai idealisme, daya juang dan daya saing tinggi terutamanya dalam menangani cabaran semasa.


"Beliau menyeru agar gerakan kemahasiswaan mendukung falsafah pembangunan negara terkini atas nama Malaysia Madani. Mustaffa juga menyeru supaya 6 rukun Madani diterjemahkan ke dalam pelbagai aktiviti kemahasiswaan," kata kenyataan itu.


Mengadakan mesyuarat bersama pentadbiran UiTM Pahang

Lawatan kerja Mustaffa yang juga mantan Naib Presiden KEADILAN itu bermula dengan jamuan makan malam, peluncuran buku bekas pensyarah UiTM Pahang Ust Rasid Muhammad, perbincangan bersama barisan pentadbiran, syarahan khas dan town hall, solat Jumaat, lawatan ladang dan perasmian pertandingan bola sepak final antara fakulti, UiTM Pahang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page