top of page

Ahli Dewan Negeri Meru hantar bantuan kepada mangsa banjir Baling

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 7, 2022
  • 1 min read


Banjir kepala air di Baling, Kedah mendapat perhatian Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar yang menghantar bantuan melalui wakil pusat khidmat beliau.


Menurutnya, pihak Pusat Khidmat Meru buat waktu ini menyediakan bantuan bekalan makanan dan alat tidur kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Baling.


"Kita hantar dari Pusat Khidmat Meru bantuan kepada mangsa banjir di Baling


"Kita akan wakilkan En Zubir dan pasukannya (menyerahkan bantuan). Kita hantar bekalan makanan, selimut, bantal dan lain lain. Keperluan lain kita akan hantar secara berperingkat untung mangsa banjir

Bantuan dimuatkan ke dalam trak pick up

"Kalau ada pihak NGO dan perlukan maklumat atau ingin menyampaikan (mengirim) bantuan boleh rujuk kepada pihak saya untuk pastikan bantuan sampai kepada pihak saya," katanya.


Beliau juga menasihatkan orang ramai yang ingin menyumbangkan bantuan agar berhati hati kerana kebelakangan ini terdapat pihak pihak yang mengambil kesempatan atas penderitaan mangsa bencana alam.


"Kena hati hati juga takut ada scammers. Sebaiknya pihak NGO nak hantar bantuan terus pergi jumpa mangsa. Kita minta lokaliti dari orang di sana, dan siapa mangsa yang sebenar. Terus hantar bantuan kepada mangsa


"Kita doakan setiap mangsa di Baling diberi kekuatan dan tidak berulang lagi masalah. Save Baling," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page