top of page

Ahli cabang Gombak tidak akan terpinggir dari segala aspek - Farhash



KEADILAN merupakan parti yang mengutamakan konsep bersatu padu atau 'keluarga besar' dalam kalangan ahlinya.


Oleh itu, calon Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Farhash Wafa Salvador berkata, beliau bertekad untuk menyatupadukan ahli KEADILAN Cabang Gombak tanpa terikat dengan mana mana paksi atau arah sokongan.


"Parti memerlukan setiap ahli berpadu tenaga membawa misi, visi dan mesej secara bersepadu, bukan membawa naratif individu atau paksi. Kita tidak mahu parti berbelah-bahagi mengikut puak tertentu hingga membawa perpecahan yang pernah kita lalui.


"Peradaban organisasi harus kita hormati walau sebijak mana pun kita rasakan diri kita. Kebolehan kita sepatutnya kita uji dengan menjayakan agenda dan hala tuju parti yang ditetapkan oleh ahli-ahli di Kongres Kebangsaan.


"Berlandaskan peradaban inilah setiap ahli di Cabang Gombak perlu yakin bahawa mereka tidak akan terpinggir dari gerakan parti daripada setiap aspek," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak itu juga berjanji bahawa setiap ahli Cabang Gombak akan diberi tempat dan peluang untuk menyatakan idea dan menyumbang kepada parti bagi menghadapi saingan sengit Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.


"Mereka ada tempat untuk membuahkan idea, untuk memastikan kebajikan mereka dan masyarakat diambil berat dengan tindakan pimpinan Cabang Gombak pada setiap masa.


"Tidak kira kita di bawah Angkatan Muda KEADILAN, sayap Wanita KEADILAN, orang lama atau orang baru. Akhirnya kita harus dilihat sebagai satu parti," katanya.


Farhash turut maklum KEADILAN pada waktu ini bukan dalam keadaan sepenuhnya kuat untuk menghadapi musuh.


Oleh itu, katanya penyatuan dan saling berpadu dalam kalangan ahli adalah amat penting. Hal itu akan sedaya upaya cuba dilakukannya jika terpilih mengetuai Cabang Gombak.


"KEADILAN bukan lagi berada di tahap paling kuat dan paling bersepadu. Ini juga menimbulkan persepsi negatif terhadap parti.


"Maka saya fikir tidak munasabah jika saya datang dengan satu gagasan seperti membentuk satu paksi. Jadi saya menawarkan naratif untuk membetulkan dan memantapkan parti," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page