Agong titah supaya Parlimen berbahas, bukan bentang sahaja


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyifatkan Perdana Menteri seolah-olah ingkar kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pembukaan Parlimen pada 26 Julai ini.


Beliau mempersoalkan kenyataan Jabatan Perdana Menteri bahawa Ordinan Darurat hanya akan dibentangkan di kedua-dua Majlis Parlimen.


"Sedangkan kenyataan Istana Negara bertarikh 16 Jun yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, jelas menyatakan bahawa Parlimen perlu bersidang untuk membahaskan Ordinan Darurat selain dari perkara-perkara lain berkaitan pandemik Covid-19," katanya.


Justeru, beliau menyeru supaya Perdana Menteri menjelaskan sama ada ordinan darurat akan dibahaskan.


"Pohon penjelasan dari Perdana Menteri, apakah maksudnya? Kerana sebagai Ahli Parlimen, kami faham bahawa bentang di Parlimen itu bermaksud letak atas meja.


"Tidak semestinya ianya dibahaskan. Pohon penjelasan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635