Agong tentukan calon baharu terajui SPRM, titah isu tidak dipolitikkan
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa Baginda akan menentukan calon terbaik bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office (RPO), Baginda bertitah bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan pelantikan tersebut.
"Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini," titah Baginda.
Baginda turut menekankan bahawa jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM merupakan peranan yang amat penting dalam memastikan suruhanjaya itu terus berfungsi secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam usaha membanteras rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.
Untuk rekod Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan akan tamat pada 12 Mei 2026 dan hal itu menimbulkan spekulasi sama ada beliau akan disambung kontrak sebagaimana sebelum ini.




Comments