top of page

Agong, Raja-Raja sokong langkah tingkat tata kelola, benteras rasuah



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja-Raja Melayu sealiran menyokong langkah kerajaan mempertingkat tata kelola membersihkan negara daripada amalan rasuah.


Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Program Penggerak Madani Negeri Sembilan yang disertai 120 Ketua-Ketua Jabatan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan pada Khamis.


Sehubungan itu, Anwar menyeru semua pemimpin serta penjawat awam agar bersama-sama memerangi rasuah dan menjadikan Malaysia sebagai contoh untuk meningkatkan martabatnya sebagai negara yang hebat.


"Pagi tadi (Khamis) saya menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Baginda sealiran dan mahu menyokong langkah-langkah peningkatan tatakelola untuk membersihkan negara daripada amalan rasuah.


"Saya fikir ini kesempatan yang baik, saya ingin menyeru semua penjawat awam memberikan khidmat sebaik mungkin... saya yakin Malaysia diangkat kalau kita gunakan dasar yang betul dan bersihkan daripada amalan bobrok," katanya dipetik dalam acara yang turut dihadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim itu.


Sementara itu Anwar menegaskan, negara ini tidak mengizinkan kuasa serta sistem pemerintahan dijadikan kesempatan untuk memunggah kekayaan dan perkara itu perlu dinoktahkan sebagai pengajaran.


Seseorang pemimpin jelasnya harus memikultanggungjawab sebagai satu amanah.

"Pengukuran kejayaan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan bukan berbilion ringgit digondolnya," kata beliau.


Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menambah, sepanjang pentadbirannya, beliau tidak pernah mempertikai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri dan keputusan Badan Kehakiman.


"Sebab itu saya memberi laluan penuh kepada SPRM, saya tidak memberi arahan untuk menangkap individu A, menggeledah rumah individu B, saya beri arahan umum, hendak selamatkan negara mesti cari jerung besar, beri satu pengajaran supaya hal ini tidak berlaku lagi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page