top of page

Agong perlu rujuk kerajaan, kenyataan tak bertanggngjawab - Hans


Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Zuraida Kamaruddin yang membayangkan seolah-olah Yang di-Pertuan Agong terkhilaf dan perlu merujuk kerajaan Perikatan Nasional sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung pemansuhan Ordinan Darurat merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab.


Menurut Pengerusi NGO AkuBudakAmpang, Datuk Hans Isaac, kenyataan Zuraida tersebut amat bertentangan dengan prinsip Raja Berperlembagaan dan Agong sebagai Ketua Utama Negara.


"Kita dikejutkan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KPKT, Datuk Zuraidah yang juga Ahli Parlimen Ampang dalam satu temuramah bersama Astro Awani, 2 Ogos lalu berhubung peranan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam menasihati pentadbiran kerajaan selaras dengan tanggungjawab Baginda sebagai Ketua Negara.


"Kenyataan itu menyebut antaranya Seri Paduka Baginda melakukan kekhilafan ketika menasihati kerajaan dan perlu merujuk kepada kerajaan sebelum membuat kenyataan umum berhubung pembatalan Darurat, adalah tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip menghormati Institusi Diraja sebagai sebahagian dari struktur negara," katanya dalam satu kenyataan.


Hans juga berasa kecewa Zuraida sebagai ahli politik veteran tidak memahami dengan baik konsep Raja Berperlembagaan dan melakukan kebiadapan sebegitu rupa terhadap institusi Raja-raja Melayu.


"Sebagai seorang yang menjunjung Perlembagaan Negara yang mengiktiraf Kedaulatan Raja-Raja, saya melahirkan perasaan dukacita dengan sikap seorang berstatus Ahli Parlimen yang sepatutnya membawa obor menghormati kedaulatan ini tetapi malangnya membawa sikap menjurus kepada kebiadapan dan penderhakaan kepada raja.


"Ini juga menggambarkan, ianya tidak menghormati penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini


"Dengan sepenuh jiwa, saya menjunjung taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai payung yang menaungi kedaulatan negara Malaysia," katanya.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page