Agong jumpa semua pemimpin parti politik
- Suara Keadilan
- Aug 17, 2021
- 1 min read

Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk menemui semua pemimpin mewakili parti-parti politik utama di Malaysia petang ini di Istana Negara.
Sejak pukul 1.30 petang dilihat beberapa pimpinan utama politik tanah air mula memasuki pintu 2, Istana Negara.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang awal tiba di Istana Negara.
Pemimpin lain adalah Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Bersatu pula diwakili oleh setiausaha agungnya Hamzah Zainuddin. Manakala GPS akan menghadiri pertemuan hari ini dengan Agong secara maya.
Difahamkan, turut hadir pada pertemuan petang ini ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.
コメント