top of page

Agong boleh pecat PM jika enggan letak jawatan - Dr Aziz Bari


Krisis politik yang berpunca daripada kehilangan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara boleh diselesaikan dengan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan secara terhormat.


Bagaimanapun, sekiranya beliau berdegil walaupun Yang di-Pertuan Agong sendiri telah membidas pentadbirannya membelakangkan istana dalam memansuhkan Ordinan Darurat, maka Agong berhak bertindak melampaui kebiasaan.


Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, Yang di-Pertuan Agong dengan kuasanya boleh memecat seorang PM yang menghalang proses demokrasi atau tidak memelihara keluhuran Perlembagaan tetapi enggan berundur biar pun telah kehilangan majoriti.


"Agong berhak bahkan bertanggungjawab untuk berbuat demikian (memecat). Majoriti perlu sentiasa dibuktikan," katanya dipetik Malaysiapost.


Dalam pada itu, Dr Aziz menolak kenyataan terbaharu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, bahawa kerajaan PN masih kukuh dan mempunyai majoriti melebihi 110 kerusi.


Katanya, pembuktian majoriti tidak boleh dilakukan secara kenyataan media sebaliknya perlu dilakukan dengan membawa usul Undi Percaya di Parlimen.


"Majoriti tidak boleh diandaikan atau hanya didakwa seperti kononnya kerajaan masih ada 110 Ahli Parlimen yang menyokongnya. Ia kena dibuktikan di Dewan Rakyat melalui sebarang undi usul," katanya.


Beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak berpendapat, krisis Perlembagaan kini semakin memburuk berbanding pada peringkat awal hanya untuk menguji keabsahan kerajaan PN sahaja.


"Krisis perlembagaan sudah masuk ke tahap dua atau tiga. Krisis ini bermula apabila Agong dan Raja-Raja menyeru supaya Parlimen bersidang.


"Ini tidak sepatutnya berlaku (melengahkan sidang) kerana dari segi prinsip darurat tidak menggantung Parlimen, yakni Parlimen masih tetap berfungsi meskipun dalam keadaan Darurat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page