Agong boleh panggil Parlimen bersidang tanpa nasihat PM - William



Parlimen boleh bersidang tanpa Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan tarikh sesuai untuk persidangan.


Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, Agong boleh bertindak di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, menitahkan agar sidang Parlimen dijalankan segera.


"Kita tak pernah lalui pengalaman seperti hari ini. Jika Muhyiddin enggan berbuat demikian Agong boleh panggil (arahkan) Parlimen untuk bersidang.


"Parlimen perlu bersidang kerana ia sebagai medium 'semak dan imbang' untuk membahas isu rakyat terutama dalam keadaan Covid-19 ketika ini," katanya kepada Suara Keadian.


Menurut William lagi, PM Muhyiddin gentar untuk menasihatkan Agong membuka semula Parlimen kerana mungkin beliau membayangkan pembangkang akan cuba menjatuhkannya dengan cara tertentu dalam sidang itu nanti.


Di samping itu, katanya, Muhyiddin juga tidak pasti adakah sejumlah Ahli-ahli Parlimen Umno masih menyokong kerajaan beliau.


"Muhyiddin masih tidak menghadap Agong kerana dia risau bila-bila masa kerajaan dia boleh tumbang dan khuatir hilang majoriti.


"Sebab itu kita tengok sekarang dia pancing Ahli Parlimen parti lain menyokong dia, dan memancing dengan ugutan kepada Ahli Parlimen yang ada kes dan siasatan sedang dijalankan. Selain itu (Ahli Parlimen juga) ditawarkan jawatan GLC atau jawatan menteri seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.


"Dia (Muhyiddin) kena bekerja kuat sebelum tarikh Parlimen diumumkan nanti," katanya.


Semalam, Pakatan Harapan dan Umno mengeluarkan kenyataan mahu sidang Parlimen diadakan segera dan merayu agar Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa khas banginda memanggil persidangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER