top of page

Agong berkuasa penuh lantik PM baharu - William Leong


Perletakan jawatan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri baharu.


Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, sekiranya Mahiaddin meletak jawatan hari ini maka kuasa akan dikembalikan kepada Agong untuk memutuskan siapakah calon yang mempunyai majoriti dan layak diangkat sebagai PM.


Malah katanya, selepas Mahiaddin mengumumkan beliau kehilangan majoriti beberapa hari lalu pun secara teknikalnya kerusi PM telah dikosongkan.


"Mengikut kehakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar vs Zambry, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri baru dibawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengenai pendapat di media sosial Undi Pecaya perlu dibuat di Parlimen sebagaimana saranan awal Mahiaddin, menurut William perkara tersebut tidak lagi berbangkit.


"Pandangan saya selepas Mahiaddin mengaku depan rakyat bahawa dia telah kehilangan majoriti, Undi Tidak Percaya tidak lagi relevan. Kehilangan sokongan sudah menjadi fakta yang tidak boleh dinafi lagi," katanya.


PM Mahiaddin dijangka menghadap Agong pagi ini untuk mempersembahkan surat perletakkan jawatan beliau. Dengan perletakan jawatan itu Mahiaddin mencatat sejarah sebagai PM paling singkat memegang kuasa di Malaysia, iaitu selama 18 bulan. Sebelum ini Tun Mahathir mencatat rekod sama dengan berkuasa selama 22 bulan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page