Agong beri lagi masa bentuk kerajaan

Updated: Nov 23



Upacara menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini bagi urusan menubuhkan Kerajaan Persekutuan baharu tidak membawa sebarang keputusan kepada mana mana pihak dilantik sebagai Perdana Menteri yang berhak membentuk Kerajaan


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertemuan bersama Agong sebaliknya membincangkan hal keinginan Agong melihat kerajaan yang kuat, inklusif, libatkan semua kaum, agama dan wilayah.


"Itu akan memberikan kerajaan peluang fokus selesai masalah rakyat dan pulihkan ekonomi.


"Tak ada apa keputusan setakat ini," katanya dalam sidang media di luar pintu pagar Istana Negara.


Mengenai pengumuman awal beberapa media petang ini kononnya Anwar telah dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara, beliau berkata perkara itu tidak timbul dalam perbincangan.


"Ada kekosongan jawatan (PM) dan terbuka untuk permohonan," katanya.


Ditanya mengenai cadangan PH untuk menubuhkan kerajaan dan berapa jumlah Ahli Parlimen yang bersama, Anwar hanya berkata hal itu telah dipersembahkan namun PH kekurangan majoriti.


"Kami telah submit dan perlu beri masa. Saya rasa kami boleh dapatkan majoriti mudah yang saya bayangkan terdahulu


"Nama (ahli parlimen) telah dipersembahkan tadi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER