top of page

Agong berhak panggil Parlimen bersidang - Hassan Karim


Polemik siapakah yang berhak memanggil sidang Parlimen, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau pun Perdana Menteri tidak seharusnya terjadi sekiranya kerajaan Perikatan Nasional mempunyai maruah.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, sekiranya PN kembali kepada Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk memanggil sidang Parlimen dinyatakan terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.


"Dengan hormatnya saya merujuk dokumen-dokumen penting undang-undang berkenaan kuasa siapakah yang berhak memanggil sidang Parlimen.


"Saya mendapati semua peruntukan undang-undang menyatakan bahawa kuasa memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong iaitu Artikel 55(1) Perlembagaan Persekutuan


"Seksyen 2(1) Dan Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021 juga Peraturan 11(1) Standing Orders Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, Hassan mengesa PM Mahiaddin Yassin agar segera kembali kepada peraturan dan undang-undang tanpa perlu berbelit-belit mempolemikkan titah Agong serta titah Majlis Raja-Raja, semalam.


"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya menyeru dengan hormat dan salam takzim kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jemaah Kabinet serta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Harun supaya mematuhi pandangan dan cadangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berkenaan pembukaan Parlimen bagi mengelakkan berlakunya krisis perlembagaan di tengah-tengah kita menghadapi krisis wabak Covid-19 sekarang ini," katanya lagi.


Titah Yang di-Pertuan Agong dalam kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja semalam menegaskan agar kerajaan PN segera membuka sidang Parlimen dan membahaskan undang-undang yang dibuat sewaktu darurat.


Bagaimanapun, terdapat menteri PN yang mempertikaikan titah berkenaan kerana kononnya Agong tidak menetapkan tarikh memanggil sidang Parlimen dan menganggap bulan September sebagai tarikh yang terbaik membuka kembali Parlimen.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page