top of page

Agensi penguatkuasaan elak amalkan budaya rasuah - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agensi-agensi penguatkuasan untuk tidak membiarkan segelintir anggota mereka selesa hidup dalam budaya rasuah sehingga memberikan imej buruk kepada penjawat awam di negara ini.


Perdana Menteri berkata laporan mengenai kecurangan dalam agensi berkenaan tidak melibatkan semua anggota tetapi hanya segelintir petugas penguatkuasaan, selain ada yang terpaksa menerima dalam keadaan terpaksa bahawa wujudnya budaya sedemikian.


"Kadang-kadang dia hidup dalam budaya yang begitu rupa, jadi budaya sakau itu semua, dia sebut terpaksalah.


"Pernah orang sebut pada saya, kamu Menteri Kewangan lama takkan tak ada kumpul duit banyak. Pasti kamu ini kurang cerdik atau memang tidak tahu apa-apa langsung. Sebab bagi dia, kalau dah jadi Menteri Kewangan, Perdana Menteri, mestilah kumpul banyak (kekayaan)," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi memastikan agensi penguatkuasaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen tidak terpalit isu rasuah, kerajaan melakukan pemantauan lebih dekat terhadap pasukan berkenaan.


Beliau berharap pemantauan akan dapat mengelakkan aktiviti kecurangan seperti rasuah atau kegiatan ‘menyakau’ dalam kalangan penjawat awam yang menjalankan amanah menjaga keselamatan negara.


"Ini peringatan (kepada) penguatkuasaan Kastam, LHDN dan Imigresen, kita sedang pantau dari dekat dan saya harap sangatlah supaya kita dapatlah elakkan laporan-laporan kecurangan ini kerana majoriti itu (kakitangan awam) memang ada hasrat buat kebaikan," katanya.


Anwar seterusnya menekankan isu kecurangan atau rasuah yang dilaporkan berlaku dalam Jabatan Kastam, tidak seharusnya memberi imej yang buruk kepada penjawat awam kerana menurutnya ia hanya membabitkan sebilangan kecil individu dalam jabatan berkenaan.


"Saya ucap tahniah kepada Ketua Pengarah Kastam (Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin) kerana tidak melihat dari segi negatif, terus ambil tindakan - tukar dan ambil tindakan disiplin.


"Beliau tidak lindungi sesiapa. Jadi jangan biarkan sekelumit ini mencacatkan imej perkhidmatan awam, kalau ada tindakan seperti dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam, saya ucap tahniah," katanya.


Sebelum ini laporan media menyebut Ketua Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata seramai 34 anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pengimportan dan penjualan arak serta rokok seludup membabitkan ketirisan hasil cukai RM2 bilion ditahan menerusi Ops Samba 2.0.


Operasi khas yang bermula 11 hingga 25 Mac lepas diketuai Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama pihak LHDN dan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan bantuan SPRM Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page