Agensi kerajaan negeri turut berkempen dalam PRN Sarawak?



Kempen pilihan raya menurut undang undang pilihan raya hanya dibenarkan kepada parti parti politik yang bertanding.


Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam kunjungan beliau ke DUN Telang Usan mendapati agensi kerajaan turut menganjurkan aktiviti yang dikhuatiri menjurus kepada berkempen.


"Saya menemui kakitangan Majlis Perkembangan Sosial Sarawak yang kita tahu sangat dekat dengan Kementerian Kebajikan Sarawak, yang hari ini aktif menjalan kegiatan di dewan serbaguna Kampung Long Late dengan penglibatan pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengadakan himpunan dengan komuniti setempat.


"Waktu saya sampai, komuniti setempat baru tiba dan melakukan pendaftaran. Ini melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana yang dibenarkan berkempen adalah parti parti bertanding. Juga kita perlu dapatkan kebenaran dan maklumkan dulu kepada pihak berkuasa.


"Di sepanjang saya berada, polis, SPR mengikuti kami namun kami dibenarkan berkempen. Tetapi apa yang berlaku di Long Late ini, bagaimana penglibatan agensi kerajaan. Saya sempat bertanya dan mereka dari Unimas serta Majlis Perkembangan Sosial Sarawak, mereka kata menjalankan kajian ke atas masyarakat Penan. Agak aneh dalam (waktu kempen) 18 hari ini mereka membuat kajian," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama di Miri.


Selain itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu juga mempersoalkan mengenai dewan serbaguna Long Late yang bakal digunakan sebagai pusat mengundi tetapi keadaannya diselimuti dengan bendera Gabungan Parti Sarawak yang sepatutnya dibersihkan oleh SPR sekiranya mahu dijadikan tempat mengundi.


"Dewan serbaguna ini pada 18 Disember diwartakan sebagai tempat mengundi. Sehingga tadi dewan itu diselimut pelbagai poster GPS.


"Saya menyeru SPR segera bertindak kerana sangat tidak sesuai dewan serbaguna itu dijadikan tempat membuang undi, pada ketika poster dan bendera calon GPS sangat ketara di sana


"Kita makmum undang undang SPR, calon, agen, apa lagi penbgundi tak dibenarkan masuk ke dewan mengudi membawa simbol parti. Saya membuat kenyataan ini untuk SPR segera bertindak membersihkan simbol parti berkenaan," katanya.


Bagaimanapun, pada sisi lain, Saifuddin berasa puas hati dengan sambutan kaum Penan di rumah panjang panjang Long Permang dan Long Betian yang dikunjungi beliau.


Katanya, sambutan hangat yang diberikan meyakinkan calon yang diletakkan KEADILAN, Philip Jau Ding akan memberi tentangan sengit dalam PRN kali ini.


"Saya dapat merasai sambutan cukup hangat di kedua dua rumah panjang. Saya sempat bermalam di sana.


"Secara peribadi, berdasarkan pengalaman membantu kempen calon, saya sangat optimis calon keadilan untuk Telang Usan ini mempunyai potensi memberi cabaran sengit kepada penyandang," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER