top of page

Agensi kerajaan hentikan penganjuran majlis besar - PM



Agensi kerajaan digesa menghentikan penganjuran majlis besar-besaran yang gah dan meriah demi mengelak pembaziran perbelanjaan.


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya amalan itu dihentikan, hasil penjimatan dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan terutama rakyat miskin.


"Ada jabatan-jabatan umpamanya, tiap kali majlis atau perayaan akan ada pakaian baharu, batik baharu dan beberapa persiapan baharu.


"Tiap agensi perlu mengurangkan pembaziran. Mengurangkan acara-acara yang meriah dan megah. Saya katakan, kita akan hentikan amalan ini," katanya.


Anwar sebelum itu merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.


Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami.


Tambah Anwar, jika ada keperluan untuk pembelian pakaian baharu bagi sebarang majlis yang mahu diadakan, ia boleh dilakukan tetapi khusus untuk diedarkan kepada kakitangan gred rendah atau golongan B40 sahaja.


Sementara itu PM juga mengalakkan lebih banyak majlis bersama masyarakat dianjurkan agensi kerajaan dan dibuat di kawasan terbuka, bukannya dewan besar


"Biarlah untuk sebilangan (majlis) sahaja buat di dewan besar, namun majlis-majlis tertentu seperti yang libatkan penjaja sebegini dibuat di kawasan penjaja berniaga.


"Contohnya seperti di kawasan pinggir bandar, supaya kawasan itu dibanjiri orang ramai dalam beberapa hari dan perniagaan mereka juga turut maju," ujarnya.


Anwar turut memberi jaminan bahawa kerajaan yang diketuainya akan memastikan dana yang disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil semuanya sampai kepada kumpulan sasar

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page