Agensi JPM pamer kejayaan, perkhidmatan di Parlimen


Pameran agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Parlimen mengetengahkan pelbagai kejayaan, perkhidmatan dan produk yang disediakan kepada masyarakat, termasuk inisiatif berkaitan haji, wakaf, zakat dan pembangunan keluarga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, pameran itu dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai sumbangan serta peranan agensi berkenaan dalam kehidupan rakyat.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut meluangkan masa melawat reruai pameran berkenaan.
Menurut Zulkifli, pameran itu turut menampilkan video yang merumuskan sumbangan dan perkhidmatan agensi hal ehwal agama kepada masyarakat sepanjang perjalanan kehidupan.
"Pameran kali ini turut menampilkan video yang merumuskan sumbangan dan perkhidmatan agensi JPM kepada masyarakat sejak dari lahir hingga ke liang lahad," katanya.
Beliau berkata, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pelbagai inisiatif terkini yang dilaksanakan untuk manfaat masyarakat.
Antara bidang yang diketengahkan ialah pengurusan haji, wakaf, zakat, institusi keluarga, dakwah dan sulh, selain mempamerkan produk usahawan asnaf.
"Kami berkongsi inisiatif terkini untuk masyarakat berkisar haji, wakaf, zakat, keluarga, dakwah, sulh termasuk produk usahawan asnaf yang menarik," katanya.
Zulkifli turut mengajak orang ramai mengunjungi pameran berkenaan bagi mengetahui dengan lebih dekat usaha dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi hal ehwal agama.
"Jemput semua hadir ke Pameran Agensi JPM (Hal Ehwal Agama) di Parlimen," katanya.




Comments