top of page

Agenda perumahan rakyat perlu diarus perdanakan - Amirudin Shari



Di tengah tengah 'kehebatan' BN merampas satu demi satu negeri yang menjadi kubu mereka, pengundi di Malaysia perlu melihat realiti yang lebih rasional yang perlu mereka fikirkan sebelum menerima idea mengembalikan kerajaan kleptokrat di peringkat Persekutuan.


Selangor yang telah ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) selama 14 tahun sebaliknya tidak pernah menggunakan agenda perkauman memperdaya rakyat, dan Kerajaan Negeri itulah yang terbukti mampu membina kediaman mampu milik paling banyak di Malaysia.


Hal ini sesuai dengan tekad Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa sejak hari pertama beliau menduduki kerusi nombor satu di Selangor, agenda utamanya adalah untuk memberikan keselesaan kediaman kepada seluruh rakyat di negeri itu.


"Sejak saya mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2018, agenda perumahan rakyat menjadi antara dasar dan kebajikan utama. Inisiatif perumahan Selangorku diperluas dengan produk Rumah Idaman dan Rumah Harapan.


"Fokus utama adalah memastikan rakyat Selangor diberi peluang memiliki kediaman mampu milik yang selesa untuk didiami," katanya.


Dalam klip video menerangkan lebih lanjut mengenai agenda perumahan rakyat, Amirudin berkata beratus ribu unit rumah rakyat telah disiapkan oleh Kerajaan Negeri sejak lebih sedekad lalu.


"Kita telah luluskan lebih 74,000 rumah Idaman dan Harapan, tidak termasuk rumah Selangorku.


"Dalam masa sama, Kerajaan Negeri akan memperolehi 2,000 unit yang kita buat untuk sewa," katanya.


Di samping itu, tambah Amirudin, Kerajaaan Negeri juga telah menyediakan perumahan untuk peneroka bandar yang berpendapatan redah dengan harga berpatutan


"Perumahan yang kita berikan kepada peneroka bandar ini mereka beli dengan harga RM65,000 seunit. Kerajaan Negeri juga sedang berbincang untuk sediakan dengan Smart Sewa.


"Kerajaan Negeri mempunyai spektrum yang besar dari Projek Perumahan Rakyat kepada perumahan rent to own sampailah ke perumahan harga lebih tinggi. Daripada harga RM45 - RM150,000 sampailah ke perumahan Harapan dan Idaman yang bernilai RM250,000 dengan beberapa elemen insfrastruktur kita tetapkan," katanya lagi.


Projek perumahan di Selangor mungkin yang terbaik di Malaysia dan disediakan untuk semua rakyat tanpa mengira parti atau fahaman politik sebagaimana diamalkan di sesetengah negeri kubu BN perumahan rakyat diagihkan melalui kuota parti parti politik.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page