Agenda Palestin dibincang pertemuan PM - Putera Mohammed
- Suara Keadilan

- Oct 22, 2023
- 1 min read

Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman menerima lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ke pejabatnya pada Sabtu.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan mengenai perang Palestin dan Israel yang berlanjutan sehingga kini setelah tercetus pada 7 Oktober.
Turut dibincangkan dalam pertemuan di Istana Al-Yamamah di Riyad itu adalah beberapa isu berkaitan kepentingan bersama termasuk peluang pembangunan kedua-dua negara.
Anwar berada di Riyadh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Jumaat.
Terdahulu semasa sidang kemuncak tersebut, Putera Mahkota dan Anwar senada dalam membangkitkan kebimbangan mereka berhubung kezaliman dan penindasan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
Selain menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, lawatan kerja dua hari Anwar yang juga Menteri Kewangan menyaksi beliau meneruskan perbincangan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala serta ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi.
Pada 5 Oktober lepas, Anwar menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Mohammed yang menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Arab Saudi.




Comments