top of page

Agenda Nasional Malaysia Sihat: KKM terbit sitkom promosi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 4, 2023
  • 1 min read

ree

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerbitkan sebuah sitkom bagi mempromosikan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di negara ini.


Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa pada majlis pelancaran sitkom itu di Putrajaya semalam berkata, promosi berkenaan akan bersiaran dengan 8 episod dan dibarisi pelakon popular negara seperti Liza Abdullah, Nadia Mustafar, Acong Sweetchild, Jasmin Hamid dan ramai lagi.


Ia akan menampilkan cerita dalam bentuk santai dan menghiburkan serta mampu mencorakkan daya fikir masyarakat untuk menjadi lebih sihat.


Menyentuh lanjut mengenai penerbitan sitkom itu, Dr Zaliha berkata kementerian sentiasa berusaha mencari idea baharu bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan namun dengan elemen lebih santai.


"Idea sitkom ini dilihat mampu menjadi pemangkin serta peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan. Sitkom itu adalah sebahagian daripada Teras 1 ANMS iaitu Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat," katanya.


Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang menjelaskan ANMS kini memasuki Fasa Kedua Pelaksanaannya (2023-2025) yang meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan.


"Fasa kedua itu mengetengahkan elemen pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.


"Kita akan teliti keberkesanan sitkom ini dan sekiranya mendapat sambutan waktu siarannya akan ditukar kepada waktu perdana," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page