top of page

Agen calon DUN Ayer Molek diarah keluar pusat mengundi, pegawai SPR keliru



Proses pengundian di DUN Ayer Molek walaupun berjalan agak lancar namun dicemari insiden Polling Agent (PA) Pakatan Harapan (PH) diarah keluar dari pusat pembuangan undi.


Menurut calon DUN Ayer Molek, Mohd Rafee Ibrahim, insiden tersebut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja, daerah mengundi Kandang, apabila Ketua Tempat Mengundi (KTM) mengarahkan PA keluar selepas 2 jam.


"Bila saya tiba di sana mereka mengatakan bahawa itu kuasa dia untuk panggil agen tempat mengundi (PA) keluar dengan alasan masa minimum 2 jam telah berakhir. Bagi saya, sama ada dia sendiri tidak faham atau kecuaianpada klausa minimum 2 jam itu.


"Pada pemahaman kita masa minimum 2 jam ialah 'sekurang-kurangnya'. Kalau agen tempat mengundi kita nak keluar dalam jangka masa sejam, maka sejam berikutnya tidak boleh diganti.


"Malangnya setelah 2 jam agen tempat mengundi kita diarah keluar. Saya rasa sangsi adakah KTM tidak faham klausa miniman 2 jam atau sengaja dibuat. Itu kita pulangkan kepada pasukan undnag-undang untuk buat susulan. Wakil calon saya telah buat laporan polis berkaitan salah laku KTM tersebut," katanya dalam sidang media, pagi tadi.


Selain itu, menurut Cikgu Rafee, berlaku juga insiden petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu untuk memangkah kertas undi kerana orang kurang upaya tidak membawa pengiring untuk membantu.


"Yang lain ada perayu undi masuk ke pusat buang undi, ada dua orang beri isyarat duduk bawah khemah SPR mengatakan untuk beri isyarat mengundi seseorang.


"Akhirnya kita berjaya, dengan bantuan petugas SPR memandu orang itu keluar pusat mengundi. Insiden ini harus diberi perhatian oleh SPR kerana tempoh mengundi berbaki beberapa jam lagi," katanya.


Mengulas insiden berkenaan Ketua Unit Perundangan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN, Manivanan Gowin berkata, tindakan KTM tersebut bertentangan Seksyen 14 (1) (a) di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.


Katanya, jika PA masuk melakukan tugas pada pukul 8 maka dia diwajibkan bertugas hingga pukul 10, dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 jam dan boleh melanjutkan lagi tempoh bertugas itu dengan memaklumkan kepada KTM.


"Dekat sini digunakan perkataan sekurang-kurangnya selama 2 jam. Maksudnya minimum 2 jam. Katakan selepas pukul 10 PA kita nak teruskan, dia boleh teruskan hingga pukul 12.


"Sekurang-kurangnya 2 jam. PA pergi semula ke KTM dan sambung bertugas dan KTM hanya boleh terima pandangan dan benarkan sambung tugas.


"Kalau PA teruskan lagi tak ada masalah. Kalau ada seorang PA tahan lasak dia masuk pukul 8 dan dia nak sambung setiap dua jam tak ada masalah. Itu peruntukan udnang undang


"Tadi unit perundangan PH telah menghubungi RO dan SPR Melaka, dan mereka akui ada kekhilafan berlaku," katanya.


Perkara tersebut dianggap telah selesai dan beliau mengingatkan SPR perlu memberi komitmen hingga agen menerima Borang 14 dari KTM selepas kiraan di pusat mengundi selesai.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page