top of page

Agamawan jangan kelirukan rakyat jasa Najib boleh ampun kesalahan korupsi - AMK Kemaman



Tindakan segelintir agamawan pro Najib Razak dan Umno yang berkuliah membela bekas Perdana Menteri yang dihukum penjara, Najib Razak amat dikesalkan.


Bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kemaman, tindakan menggunakan agama mensucikan kesalahan Najib dengan ungkapan pemimpin itu telah berjasa kepada umat Islam mengelirukan umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.


"AMK Kemaman mengecam sekeras-kerasnya sikap sesetengah agamawan yang menggunakan dalil agama membela bekas Perdana Menteri, Najib Razak berhubung hukuman penjara ke atas beliau bersabitan kes SRC International.


"Sesetengah agamawan dilihat cuba untuk mensucikan kesalahan-kesalahan bekas PM itu melalui ceramah-ceramah yang tular di media sosial. Sesetengah agamawan berhujah atas jasa yang telah diberi oleh Najib semasa era kepimpinannya maka tidak seharusnya kita mengecam bekas PM itu dan tidak seharusnya gembira dengan penghakiman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.


"Tindakan agamawan ini tidak dapat diterima oleh masyarakat yang cintakan keadilan atau Islam. Tindakan ini hanya memperalat agama untuk meraih laba bagi diri sendiri dan menyokong kezaliman yang berleluasa berlaku pada waktu ini," kata AMK Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan Unit Penerangan AMK itu lagi, jasa dan tanggungjawab bukanlah satu tiket untuk memadamkan segala salahguna kuasa, rasuah atau korupsi yang telah dilakukan oleh Najib.


Malah menggunakan kayu ukur jasa untuk mensucikan peribadi pemimpin amat bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.


"AMK Kemaman menyeru segenap lapisan masyarakat memboikot golongan agamawan yang menyeleweng itu. Kita tidak boleh membiarkan golongan ini berleluasa kerana mereka akan membawa lebih banyak kerosakan pada negara di masa hadapan," katanya lagi.


Justeru, kata AMK Kemaman, KEADILAN sentiasa konsisten menjunjung dan mempertahankan kesucian agama Islam daripada dirosakkan oleh golongan agamawan berkepentingan dan juga ahli politik korup, zalim serta rakus kuasa.


AMK Kemaman, kata kenyataan itu, sekali lagi menyeru segenap lapisan masyarakat supaya bersama-sama mempertahankan kesucian agama Islam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page