
Calon Ketua Cabang KEADILAN Setiawangsa Datuk Afdlin Shauki membawa kelainan dalam kempen Pemilihan KEADILAN 2022.
Beliau menawarkan 'politik ceria' kepada anggota KEADILAN tanpa mengira di pihak mana.
Katanya, anggota perlu bersatu dalam keadaan yang lebih selesa tanpa terlalu berpolitik jika mahu membina KEADILAN yang mantap menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.
"Wawasan saya untuk cabang Setiawangsa mudah. Saya mahu ceriakan ahli. Kita terlalu hanyut dengan politik sampai lupa siapa kawan dan siapa lawan. Macam mana nak perang kalau sesama sendiri pun bergaduh?
"Team kami menawarkan pimpinan yang terbuka untuk berkawan dengan semua pihak. Hasrat saya mahu menjadi pemimpin masyarakat yang membawa keceriaan," katanya.
Team Afdlin juga menceriakan Hari Raya Aidilfitri dengan mengunjungi sesiapa sahaja anggota cabang dan mendengar luahan, keluhan atau masalah mereka sambil berhari raya.
Kommentare