ADUN Tiram, S. Gopalakrishnan meraikan warga setempat dalam program sambutan Deepavali DUN Tiram, Johor baru-baru ini.
Beliau hadir merasmikan sambutan tersebut dengan menyalakan "Kuttu Vilakku" sebagai gimik simbolik meraikan Deepavali pada tahun ini.
"Para tetamu majlis diberikan kuih tradisi masyarakat India, Marukku yang sedia maklum budaya ini adalah suatu cara menandakan perayaan Deepavali disambut dan diraikan bersama-sama.
"Disamping itu beberapa jawatankuasa penyelaras dibentuk sekaligus untuk melancarkan gerak kerja Pusat Khidmat Rakyat DUN Tiram sepanjang aktiviti santuni masyarakat setempat sepanjang bulan perayaan Deepavali.
"Selain itu, golongan yang tidak berkemampuan untuk menyambut Deepavali tidak dilupakan di mana beberapa sumbangan keperluan asas diberikan kepada masyarakat India," katanya yang juga Naib Pengerusi MPN KEADILAN Johor.
Tetamu turut dipersembahan tarian tradisi Bharatham Shiva Ranjini, bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh ketua AJK Penyelaras Perayaan Deepavali iaitu Shiva Shangkar dan ucaptama dari S. Gopalakrishnan.
Comments