top of page

ADUN Tiram lawat mangsa banjir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 7, 2021
  • 1 min read


Banjir yang masih belum reda di DUN Tiram, Johor menyaksikan banyak mangsa masih di pusat pemindahan.


ADUN Tiram, S Gopalakrishnan baru-baru ini telah melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Sungai Tiram Batu 18 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tiram bersama pembantu khas Puan Pravina, Puan Kavitha serta bekas ketua kampung Encik Dollah.


"Seramai 200 mangsa telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara tersebut . Saya juga memberikan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa - mangsa banjir," katanya dalam kenyataan.


Dalam lawatan itu beliau menanyakan kepada mangsa banjir sama ada sumbangan makanan yang diberikan mencukupi. Katanya Pusat Khidmat DUN Tiram boleh menambah bantuan dan mangsa banjir boleh menghubungi beliau pada bila-bila masa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page