top of page

ADUN Tiram bantu pesakit angin ahmar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 13, 2020
  • 1 min read


ADUN Tiram yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, S Gopalakrishnan (dua dari kanan) baru-baru ini memberi sumbangan kepada seorang bekas tentera yang di serang penyakit angin ahmar.


Beliau mengunjungi keluarga bekas tentera tersebut memberi sumbangan dan berjanji untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan daripada agensi-agensi kerajaan.


"Seorang penghuni Kampung Cahaya Baru iaitu bekas anggota tentera terlantar kerana stroke dan tidak menerima apa apa bentuk bantuan malah permohonan BPN (Bantuan Prihatin) juga gagal kerana dikatakan tidak layak menerima


"Saudara Zahidi bawakan kes ini dan sampaikan kepada saya sekaligus terus membuat lawatan ke kediaman insan ini. Pihak kami mengumpulkan maklumat beliau dan keluarganya untuk kami usahakan beberapa bantuan dari pelbagau agensi juga jabatan untuk mereka.


"Pihak kami juga telah menyampaikan beberapa bantuan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page