top of page

ADUN Tiram anjur program berbuka puasa bersama rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 18, 2021
  • 1 min read


ADUN Tiram S Gopalakrishnan menganjurkan program berbuka puasa dalam kawasannya, sepanjang Ramadan.


Menurut beliau program itu akan merapatkan hubungan antara wakil rakyat dan penduduk muslim yang menunaikan ibadah puasa.


"Program pertama saya berbuka puasa bersama penduduk tempatan. Saya merancang berbuka puasa di 10 tempat berlainan supaya boleh bermesra dengan rakyat.


"Kelmarin saya bersama Pegawai Pegawai Khas DUN Tiram, saudara Zahidi dan saudara Leman berbuka di Kampung Perigi Acheh bersama dengan penduduk seramai 30 orang.


"Program berbuka puasa akan berterusan di kawasan lain dalam DUN Tiram," katanya yang juga Naib Pengerusi MPN KEADILAN Johor.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page