top of page

ADUN Tiram agih barangan keperluan asas ke DUN Pasir Raja



ADUN Tiram, Gopalakrishnan Subramaniam baru-baru ini telah memberi sumbangan barang-barang keperluan asas untuk diagihkan oleh Penyelaras DUN Pasir Raja kepada masyarakat yang memerlukan.


"Saya berbesar hati menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas, daripada ADUN Tiram, merangkap Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat negeri Johor, YB Gopalakrishnan Subramaniam untuk diedarkan kepada penduduk di Dun Pasir Raja.


"Terima kasih YB atas keperihatinan untuk membantu," kata Penyelaras DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim yang menerima sumbangan berkenaan.


Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, merangkap ADUN Bukit Naning, Yashrudin Kusni, Setiausaha MPN Johor, Naim Jusri dan Bendahari MPN, Subramani Chami yang membantu menyusun atur program.


Turut menerima sumbangan dari Gopalakrishnan ialah wakil dari Ranting Adela (Cabang Pengerang), cabang Iskandarputeri, AMK Cabang Kulai dan Penyelaras KEADILAN Parlimen Segamat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page