ADUN Suka Menanti Ir Zambri Yusuf bersama Sukarelawan Pusat Khidmad mengedarkan kurma, pelitup muka dan takwim Ramadan kepada masyarakat setempat.
Menurut kenyataan Pusat Khidmat DUN Suka Menanti, edaran tersebut melibatkan 16 lokasi pilihan di sekitar Ibu Negeri, Alor Setar.
"250 pek kurma atau bubur kanji (lambuk) diedarkan setiap sesi bersama face mask dan takwim Ramadan.
"Program ini merupakan sebahagian dari tekad madrasah Ramadan 1442 yang dilancarkan sempena Ramadan kali ini," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, penerima menghargai sumbangan, terutama pelitup muka kerana akan terus menjadi pakaian wajib sehingga akhir tahun.
Comments