top of page

ADUN Sidam mahu program 'Kita Madani' diperluas

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 9, 2023
  • 1 min read


Program 'Kita Madani' wajar diperluas tanpa mengira fahaman politik, kata seorang seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.


Bau Wong Bau Ek (gambar, kiri sekali) yang merupakan ADUN Sidam berkata, program berkenaan bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam kalangan rakyat terutama mengenai aspek nilai murni dalam kehidupan.


"Meskipun berbeza pemahaman politik namun pendekatan sambutan program ini memberangsangkan terutama kehadiran penduduk setempat pelbagai kaum dengan kerjasama agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan NGO.


"Saya rasa tiada masalah. Program ini dari Jabatan Penerangan, jadi akan merangkumi semua tak kira fahaman politik macam mana pun. Jadi saya ingat ok, boleh saja kita lakukan program ini dan sambutan seharusnya tidak membezakan mana-mana politik dalam satu kawasan," katanya dipetik.


Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas merasmikan merasmikan program Kita Madani peringkat negeri Kedah mewakili Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari di Flat Paya Nahu di Sungai Petani.


Turut hadir adalah ADUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai dan Pengarah Penerangan Negeri Kedah Nasrudin Mahmud.


Sementara itu tambahnya, program yang diisi dengan Slot Santai PDRM, Bomba, Pos Malaysia,Jualan Agro Madani, Pameran, Sukan Rakyat harus diperhebatkan dari daerah ke daerah untuk memupuk semangat kebersamaan serta mendekatkan bersama pemimpin dan rakyat.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page