top of page

ADUN Sentosa hadiri jemputan majlis Hari Natal



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunarajah R. George memenuhi undangan masyarakat beragama Kristian untuk menghadiri majlis sempena Hari Natal.


Program yang dianjurkan oleh Pemilik GSI Group Of Company, Datuk Dr. Robert Basker dimeriahkan lagi dengan kehadiran pekerja dan penduduk sekitar.


Dalam pada itu, George menzahirkan penghargaannya kepada Robert dan sekeluarga atas khidmat kemasyarakatan mereka yang membantu warga setempat.


"Beliau dan isteri kesayanganya adalah pasangan aktivis yang sangat rendah diri, baik hati, peka keperluan masyarakat dan sentiasa bersedia membantu kesejahteraan golongan yang memerlukan.


"Kami daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya," kata beliau menerusi hantaran di Facebooknya.


Pada 25 Disember ini, penganut Kristian bakal meraikan Sambutan Hari Krismas dengan tradisi kunjung-mengunjung bagi mengukuhkan muhibah masyarakat pelbagai kaum di negara ini.


Justeru, kerajaan memutuskan hari Isnin depan sebagai cuti rasmi bagi memberikan khabar gembira kepada semua rakyat terutamanya penganut Kristian yang menyambut perayaan berkenaan dengan lebih gembira dan harmoni.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page