top of page

ADUN Sentosa anjur program suntikan vaksinasi cegah kanser



Penyakit kanser merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia selain sakit jantung dan jangkitan kuman di paru paru.


Di atas kesedaran itu Pusat Khidmat DUN Sentosa pagi tadi bersama beberapa NGO menganjurkan kempen suntikan percuma vaksinasi mencegah kanser serviks.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, suntikan anti virus Human Papillomavirus (HPV) tersebut diberikan kepada 300 wanita muda secara percuma dengan kerjasama National Cancer Society Malaysia.


"Kita ada satu program istimewa untuk wanita, satu suntikan bersama National Cancer Society Malaysia. Kita adakan satu suntikan percuma.


"Suntikan ini untuk kita memastikan wanita muda selamat dari kanser serviks. Program ini adalah percuma.


"Harga suntikan ini mahal. Tetapi dengan bantuan kerajaan dan NGO kita dapat memberikan suntikan ini secara percuma kepada wanita muda," katanya.


Menurut Dr Gunaraj lagi, umur yang sesuai menerima suntikan HPV itu adalah sekitar 13 hingga 20 tahun dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Pusat Kebudayaan Soka Gakkai yang menyediakan tempat selesa untuk memberikan suntikan SPV kepada orang ramai.


"Hari ini pukul 11 sampai pukul 3 ada 300 orang. Saya difahamkan sampai sekarang ada 250 orang. yang lain akan walk in untuk terima suntikan," katanya.


Beliau juga mengucapkan syabas kepada persatuan wanita setempat yang mampu menganjurkan program suntikan berkenaan biar pun sibuk menguruskan anak anak kembali ke sekolah bermula esok.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page