top of page

ADUN Sena wakaf dua kerusi roda untuk dipinjam



Menyedari keperluan penduduk yang mahu menggunakan kerusi roda buat sementara waktu, ADUN Sena Asrul Nizan Abd Jalil mengambil inisiatif mewakafkan 2 kerusi roda untuk dipinjam.


Menurut Asrul, idea itu timbul setelah menerima permohonan dari penduduk DUN Sena yang ingin meminjam kerusi roda dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Sena, Kangar, Perlis bagi kegunaan sementara kerana keuzuran sehingga sembuh sepenuhnya.


"Oleh itu, kami memperuntukkan dua buah kerusi roda baharu sebagai wakaf buat penduduk Sena yang sedang diuji Allah dengan keuzuran, di mana antara lainnya sebagai suatu bentuk sokongan perubatan.


"Bahkan yang lebih penting bagi kami wakaf ini adalah suatu dukungan moral kepada pesakit," katanya.


Di samping itu, Asrul juga membuka peluang untuk rakyat turut serta dalam projek wakaf berkenaan dengan menghubungi talian: 011 71103499 dan bercakap kepada En Zam Zam bagi tujuan sumbangan kerusi roda

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page