ADUN Sena beri bantuan kecemasan mangsa ribut



Pusat Khidmat DUN Sena, Perlis baru-baru ini mengagihkan bantuan segera kepada mangsa ribut di sekitar DUN berkenaan.


Menurut ADUN Sena, Asrul Nizan Abd Jalil (gambar, kanan), lawatan dan agihan bantuan pada 21 September itu merangkumi mangsa ribut dan juga warga emas yang uzur.


"Alhamdulillah sepetang bersama teman-teman Pusat Khidmat Rakyat DUN Sena, Kangar dengan ditemani Pengerusi KEADILAN Perlis Amran Kamarudin dan Naib Pengerusi KEADILAN Kedah Hj Nasrul Omar menziarahi mangsa-mangsa angin ribut baru-baru ini di kawasan DUN Sena serta beberapa kawasan DUN di Perlis yang lain.


"Dalam ziarah di DUN Indera Kayangan, kami turut ditemani Bendahari KEADILAN Cabang Kangar, Ahmad Abdullah manakala di DUN Bintong oleh bekas Calon Pakatan Harapan PRU-14, Mokhtar Che Kassim.


"Didoakan mudah-mudahan seluruh mangsa angin ribut di Perlis tabah menghadapi musibah yang menimpa dan kepada yang keuzuran akan beroleh kesembuhan segera," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Selain lawatan di DUN Sena, mereka juga berkunjung ke DUN Kayang. Mangsa-mangsa ribut mengalami kerosakan bumbung rumah dan perabot. Bantuan segera diberikan sementara menunggu bantuan seterusnya dari pihak berkuasa.



PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio