
Menjelang bermulanya sesi persekolahan pada pertengahan Januari 2021 ADUN Semerah, Khuzzan Abu Bakar menyumbangkan kerusi plastik untuk digunakan oleh murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bagan, Semerah, Johor.
"Penyerahan 100 buah kerusi plastik untuk kegunaan murid dan guru di Sekolah Kebangsaan Bagan.
"Diharapkan, dengan sumbangan kecil ini dapat memberi keselesaan kepada warga Sek Keb Bagan menjelang pembukaan musim persekolahan yang akan datang," katanya.
Pejabat ADUN, katanya akan terus membantu untuk mempertingkatan keselesaan pendidikan di DUN Semerah.