
ADUN Semerah, Khuzzan Abu Bakar prihatin nasib keluarga yang melakukan kuarantin kendiri di rumah dan tidak dibenar keluar membeli keperluan hidup.
Baru-baru ini, beliau bersama mantan Ketua Kampung, En. Zaidi menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang sedang menjalani kuarantin kendiri di Kampung Parit Maimon.
"Saya turut menerima perkhabaran mengenai satu lagi keluarga yang turut menjalani proses kuarantin kendiri di Kampung Parit Baijuri.
"Saya bersama bekas Ketua Kampung Parit Maimon, En. Zaidi dan Kampung Sekawan Desa, En. Kamisan pergi ke rumah keluarga tersebut dan menghulurkan sedikit bantuan bekalan makanan kepada mereka. Moga terus sabar menerima dugaan ini," katanya.
Beliau mendoakan kedua-dua keluarga tersebut dikurniakan kesihatan sepanjang tempoh kuarantin itu.